Rabu, 05 Februari 2014

Info : Adakah Ikan Menjadi Masin Apabila Minum Air Laut? (2 Gambar)





Pernah tak korang terfikir.. Ikan minum ke tak? Sebab kan dia dah dalam air.. Baca kat bawah ni..

Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air masin sebagai minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut.



Ini kerana semasa ikan minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang diminum. Kelebihan ikan adalah ia mempunyai sejenis sel kumuhan klorida yang dikenali sebagaiioncytes di dalam insangnya. Ia akan bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air!

p/s : Harap dapat bagi pencerahan...




Follow On Twitter