Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di sini, lapor akhbar The Sun semalam.
Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga.
Curtis, ibu kepada tiga orang anak tersebut yang ketika itu sedang mabuk telah mengambil keputusan untuk duduk di dalam kerusi lipat milik anaknya sebelum tersepit di antara celah ruang tempat duduk kerusi berkenaan.
Dia dan Jade, 27, telah berusaha selama sejam untuk meloloskan diri dari kerusi tersebut namun gagal sehingga menyebabkan Curtis terpaksa berhenti seketika untuk berehat. Segala kejadian yang berlaku ini turut dirakamkan oleh Jade menggunakan telefon bimbitnya.
Jade akhirnya terpaksa memanggil pihak bomba untuk datang membantu membebaskan Curtis yang masih tersepit itu. Serena berasa malu dengan kejadian yang berlaku apabila beberapa anggota bomba tiba di rumahnya di Oxford.
"Saya berasa sangat malu. Saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Nasib baik kerusi ini telah menyembunyikan muka saya.
"Ini adalah kerusi lipat anak saya. Saya masih tidak memberitahunya lagi mengenai kejadian ini. Saya tunggu sehingga dia dewasa," katanya.
p/s : hahahaha... kesian..tapi lawak .... haha..ish..tak baik gelakkan orang..